Posts

Showing posts from November, 2023

KPR 4063 KAJIAN TINDAKAN (DPLI-UPSI 2022/2023)

K PR 4063 KAJIAN TINDAKAN BINCANGKAN PERBEZAAN ANTARA  MODEL-MODEL KAJIAN TINDAKAN  DAN BERIKAN  CIRI-CIRI  KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN         Kajian tindakan mempunyai dua unsur utama iaitu kajian dan tindakan. Peranan dan sumbangan Kajian tindakan dalam membantu menyelesaikan pelbagai masalah yang dihadapi oleh pentadbir dan guru di sekolah tidak akan dipertikaikan. Ini adalah kerana dapatan kajian akan memberi impak yang positif kepada perubahan yang terancang dan kesannya akan menghasilkan apa yang dikehendaki agar matlamat pendidikan dapat direalisasikan. Dalam pada itu, banyak model kajian tindakan telah diperkenalkan oleh pengkaji-pengkaji penyelidikan kajian tindakan. Menurut Calhoun (1993), Kajian tindakan ini juga boleh dibahagikan kepada tiga kategori, iaitu kajian tindakan individu ( individual action research ), kajian tindakan kolaboratif ( collaborative action research ), dan kajian tindakan menyeluruh ( school wide action res...